Johan Fareez Bin Fazlee Ezran
Tuesday, February 24, 2009
Salam,
Alhamdulillah, pada 19 Februari 2009 baru2 ni, isteri saya telah selamat melahirkan anak pertama kami, secara caesarean (betul ke eja?). Baby lelaki kami telah selamat dikeluarkan pada 11.19 pagi, seberat 3kg.
Kami terpaksa lepak di hospital sehingga hari ini, Selasa 24 Feb 2009, sementara menunggu kuning anak kami surut. Selain kuning, alhamdulillah, dia sihat.
Kepada sedara mara dan kawan2 yg dtg melawat sepanjang kami berada di hospital, dan yg telah merancang utk melawat di rumah mendua saya pada hujung minggu ini, di ucapkan terima kasih bebanyak. Dan tahniah juga kepada yg merancang utk melawat pada hujung minggu ini, kerana anda akan dihidangkan air, berbanding yg melawat di hospital, di mana mereka hanya dapat melihat kami minum air....syabas!!
Kat bawah ni ada la sesikit gambar yg berjaya di snap sepanjang kami berada di spital.
Saat2 perut dibelah, punya la ramai yg menengok
Fareez berjaya ditarik keluar
Potong2 apa yg patut
Posing pertama selepas lahir
Proses pembersihan
Settle...the force is strong in this one
Kucupan pertama dari ibunya
Dalam pelukan wan dari Bentong
Sedikit info ringkas
Rupa Fareez pada hari ke-4, kalau dlm kaler, bole nampak jelas kuning dia
Tgh seronok nak balik petang tadi
Dalam tempoh berpantang ni, kami akan bermastautin di rumah mendua saya, yg jaraknya cuma selang 8 biji rumah dari rumah kami.
Utk lebih gambar Fareez, sila lawati blog En Syakir di http://syakirzainol.blogspot.com/
Sekian terima kassim




















2 comments:
Tahniah en Pali diatas kejayaan mengeluarkan baby dgn jayanya. Insya Allah jika tiada aral, saya sekuarga ingin menikmati air di rumah mendua en Pali weekend ini jika tiada keberatan. Harap boleh jumpa kawan2 lain di situ.
Selamat melihat dunia Johan (ceh dia pun nak jadi Joe jugak). Semoga menjadi anak yang baik dan lebih kacak dari bapanya. Kalau ada apa-apa masalah kontek abang Joe ye Johan.
Post a Comment