Seafood Tanjung Harapan.....

Tuesday, February 17, 2009

Salam,

Seperti yg telah dijanjikan oleh encik Prem, dia pun memanjangkan invitasi utk menikmati seafood kepada kami yg memang pantang diajak ni.

Maka pada 14 Feb bebaru ni (xde kene ngene ngan velentain), kitorg pun beramai2 menuju la ke Tanjung Harapan. Rancangan asal ialah menikmati seafood di Pulau Carey, tapi memandangkan xde sorang pun tau jalan, Tanjung Harapan je la. Tetiba la plak mlm tu Muara penuh gila....terpaksa la kitorg gi lepak kat tempat yg lagi satu tu...ntah mende ntah nama dia...dedekat situ gak.

Yg bestnya, perjalanan ke sana, yang diketuai oleh encik Prem sendiri, mengambil masa seumpama perjalanan ke Umbai. Mungkin kerana encik Prem berada di dalam mood bersiar2 dan sesat di malam itu.

Ok, apa yg kitorg makan? Sila baca dan terliur ye....

1. Nasi putih
2. Tomyam seafood
3. Udang masak sambal
4. Siakap masak stim
5. Sotong goreng tepung
6. Pari bakar
7. Kailan ikan masin
8. Baby Kailan masak belacan (patutnya Kangkung belacan, tp disebabkan velentain, supply
kangkung habis)

Ha......ok.....bole la berenti terliur sebab semuanya tak sedap kecuali Sotong goreng tepung (ok la) ngan nasi putih (pasal rasa dia stended) je. Tomyam dia terlebih masam, yg lelain plak langsung takde rasa apa. Susulan daripada sesi ini, encik Jannah memanjangkan invitasi utk ke Umbai pula, akibat rasa tidak puas hatinya yang menebal.

Kesimpulannya, kalau ke Tanjung Harapan tu, stay je la kat Muara tu, sekurang2 nya makanannya ada la sedikit rasa. Tapi harus diingat, ini adalah pandangan individu, lain orang lain citarasa.

Berikut adalah serba sedikit gambar di malam itu.

Ahli2 Majlis Tertinggi, beserta saya dan isteri yg tidak dirakam gambarnya.

Encik Prem


Encik Jannah


Puan Siti Hafizah


Cik Fazleen


Encik William


Cik Abbie selaku pasangan Encik William



Muka control memasing yg tengah lapar












Akhirnya makanan pun sampai, sempat ambik dua je pasal lapar sangat






Tanpa membuang masa setelah makanan sampai






Walaupun tak sedap tapi habis jugak, menunjukkan komitmen kami yg tinggi


Muka puas lepas dah kenyang....walaupun tak sedap









Akhir sekali, beginilah nasib seekor Siakap yg telah dikerjakan



2 comments:

Syakir Zainol said...

Syabas kepada En Pali dan kuncu2 di atas komitmen kalian kpd peniaga2 makanan laut yg kepalang sebegini. Ini bakal memberi takrifan baru kpd industri makanan laut negara yg mana sudah pasti sedikit sebanyak akan menyumbang dlm merancakkan sektor pelancongan negara walaupun tiada kena mengena dgn aktiviti2 pelacuran (sekiranya ada).

Dari sini dapat kita lihat bagaimana masyarakat berbilang kaum Malaysia dapat duduk semeja dlm suasana harmoni, sama2 mengerjakan seekor ikan siakap yg tidak bersalah di atas nama semangat muhibbah dan toleransi. Saya tiada perkataan utk menterjemahkan rasa kagum saya kpd kalian melainkan hanya mampu tersengih kerang sahaja.

Syabas saya ucapkan. Semoga usaha murni En Pali tidak terhenti di sini sahaja malahan saya mengharapkan utk melihat kesinambungan aktiviti Tanjung Harapan ini dipanjangkan pula ke Umbai. Sama2lah kita nantikan!

Joe said...

hah ado pun..ingat bini ko dah meletup.jangan makan kat umbai wei,dah mahal dan kurang sedap.ko kena call aku untuk maklumat seafood/ikan bakar terbaik kat melaka
-joe jebat-